Details
Koperasi Serbaguna Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad dikenali sebagai ‘Koperasi Pekerja’ ditubuhkan pada 8hb Februari, 1968 atas nama Syarikat Perumahan Bekerjasama Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad dan pada tahun 1969 ditukar nama kepada ‘The Malaysian Workers’ Multi Purpose Co-operative Society Limited’.
Kini berusia 34 tahun dan dianggotai oleh lebih kurang 21 ribu anggota-anggota di seluruh Malaysia dengan tabungan kumpulan Anggota sebanyak RM 33 juta dan Asset berjumlah RM 44 juta sehingga 31-12-2001.
Koperasi adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh beberapa individu yang mempunyai aspirasi sama dengan objektif untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi anggotanya. Koperasi dahulunya didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Berkuatkuasa 1 Januari, 2008, koperasi dikawal oleh Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 dan diselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Kementerian Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi.
Ciri-Ciri Istimewa
- Tanpa Kira Komitmen Luar, CTOS, CCRIS dan Blacklist
- Dijamin Lulus jika anda masih mempunyai kelayakan pada SlipGaji
- Kadar Tetap 4.99%
- Pembiayaan sehingga RM200,000
- Tempoh Pembiayaan sehingga 10 Tahun
- Perlindungan Insurans Takaful
- Tanpa Penjamin
- Bayaran Balik Pembiayaan melalui Biro Angkasa
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia berumur antara 19 hingga 60 tahun
- Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC yang terpilih (kecuali Anggota Tentera)
- Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 6 bulan
- Pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
View more about Koperasi Pekerja on main site