BNM akan kekalkan OPR pada 3 peratus hingga akhir tahun

Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sehingga hujung 2023.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) dan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata tinjauan itu adalah berdasarkan jangkaan pertumbuhan dan inflasi yang menyederhana pada separuh kedua tahun ini.

HLIB berkata berikutan prestasi keluaran dalam negara kasar yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2023 iaitu pada 5.6 peratus tahun ke tahun, momentum ekonomi Malaysia dilihat perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan eksport yang menguncup kerana permintaan luar yang menurun. 

Bagaimanapun katanya, kemerosotan data perdagangan adalah dalam jangkaan BNM.

See More

Aug 05,2023