KPKT teliti penyusunan semula JBPM - Nga
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti secara komprehensif cadangan penyusunan semula Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menterinya Nga Kor Ming.
Beliau berkata penyusunan semula itu akan dilakukan secara berfasa melibatkan naik taraf perjawatan dan pengisian perjawatan sedia ada yang masih kosong serta mempertimbang untuk menambah jumlah keanggotaan JBPM.
Katanya penyusunan semula itu dilakukan berikutan ketidakseimbangan membabitkan nisbah keanggotaan iaitu lebih 15,000 anggota berbanding 33.57 juta populasi rakyat Malaysia ataupun satu bagi 2,238 rakyat Malaysia, selain jabatan itu menerima lebih 100,000 panggilan kecemasan setiap tahun.
“Ini termasuklah elemen kebajikan seperti kajian semula skim bomba termasuk gaji dan elaun yang berkaitan. Saya yakin JBPM dan Bahagian Sumber Manusia KPKT sedang meneliti kertas cadangan ini sebelum kita angkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dan kelulusan.
Lihat Lebih Banyak
May 17,2023